Gua Musang
MUNGKIN ramai tidak mengetahui ada sejarah di sebalik nama Gua Musang. Mengikut cerita lama, ia mempunyai kaitan dengan gua batu kapur yang sudah lama menarik kunjungan ramai pelancong.
Dengan ketinggian lebih 1,200 meter (m) dari aras laut, gua batu kapur itu yang terletak di hadapan Stesen Kereta Api Gua Musang memiliki tarikan semula jadinya tersendiri.
Kunjungan ke bandar ini tidak dianggap lengkap jika tidak meneroka gua batu kapur itu.
Penjelajahan meneroka Gua Musang pasti lebih meriah jika datang bersama rakan dan ahli keluarga.
Mereka yang pernah berpengalaman mendaki pasti mengakui pengalaman getir untuk menempuh perjalanan untuk sampai ke muka gua.
Justeru, aktiviti ini lebih sesuai untuk mereka yang berusia antara 10 dan 50 tahun.
Kecerdasan menjadi rangsangan utama bagi menjayakan pendakian berikutan laluan sempit dari kaki bukit menuju ke pintu gua.
Ekspedisi meneroka gua batu kapur lebih meriah apabila tiba musim cuti sekolah. Kumpulan pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pelancong dari luar Kelantan bertumpu ke daerah ini untuk tujuan pendakian.
Pelbagai formasi batu kapur boleh dilihat dalam gua termasuk telaga emas, buah belimbing batu, lubang ular, gendang puteri, bilik persandingan dan kepala gajah.
Bentuk unik dan adakalanya agak aneh ini menjadi tumpuan lensa kamera pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini.
Menariknya, tiga lubang gua utama terletak di kawasan lebih rendah membolehkan pengunjung melihat pemandangan sebahagian besar bandar Gua Musang.
Dari sini, pengunjung terpaksa meredah perjalanan kira-kira 45 minit untuk sampai ke puncak.
Mengikut cerita penduduk tempatan, pendakian Gua Musang sudah lama dilakukan sejak awal 1930-an lagi.
Rentetan dari itu, lahir kisah pelik dan berbaur mistik berdasarkan pengalaman pendaki yang pernah berkunjung ke sini.
Justeru, seperti tempat lain, pengunjung dinasihatkan tidak membuang air kecil atau besar sebarangan kerana takutkan sebarang kejadian buruk berlaku apabila mereka pulang ke tempat masing-masing.
Kebelakangan ini, cerita mistik ini tidak lagi dihiraukan pengunjung yang kurang mempercayai pantang larang apabila memasuki hutan menyebabkan ada yang ditimpa musibah termasuk sesat ketika mencari jalan pulang menuruni bukit.
Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka perlu membawa jurupandu berpengalaman bagi mengelakkan mereka tersesat. Ini memandangkan keadaan gua yang gelap boleh mengelirukan mereka.
Apabila melepasi kawasan gelap ini, pendaki boleh meneruskan perjalanan melalui denai di belakang gua untuk sampai ke puncak.
Sepanjang perjalanan ini, pengunjung berpeluang melihat pelbagai spesies flora yang jarang ditemui termasuk pokok hutan berusia ratusan tahun.
Lampu picit menjadi barangan terpenting apabila menyertai aktiviti sebegini terutama ketika berada dalam gua yang gelap. Selain itu, ia bagi mengelak pengunjung dari terserempak dengan hidupan liar seperti ular yang banyak mendiami kawasan sekitar gua ini.
Bagaimanapun, ekspedisi ini bukan suatu perkara yang sukar untuk pendaki berpengalaman.
Kepada yang berminat aktiviti meneroka Gua, boleh mencuba ekspidisi di Gua Musang ini yang terletak di negeri Kelantan.
Monday, 21 September 2015
#GUA
Monday, 14 September 2015
#ALFALFA "BAPA SEGALA MAKANAN"
Rupa sebenar ALFALFA
Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.
Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.
FAEDAH-FAEDAH ALFALFA
**Kaya dengan klorofil.
**Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa.
**Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan untuk
mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.
**Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu,13.1%
dalam telur dan 3.3% dalam susu.
**Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144 kali
lebih daripada hati.
**Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid
toksik dalam sistem badan kita.
Kalau korang nak tahu Alfalfa boleh didapati dalam bentuk tablet tau yang dinamakan Alfalfa Comlpex dari Shaklee. Mudah dan senang untuk ditelan, berbanding dengan tumbuhan asal semulajadi seperti di atas..nanti ada yang tak jadi nak makan...hehehe. Dibawah ini adalah khasiat sebenar Alfalfa Complex. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di bawah ni..
Ini Khasiat Alfalfa
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Watie Pengedar Shaklee Anda
018.3152646 (Whatsapp for fast reply)
Cod Lembah Klang, & Petaling Jaya
Penghantaran Seluruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia
#MAKANAN KEGEMARANKU..SIMPLE JER
MAKANAN KEGEMARAN SAYA
Masakan Tomyam Ayam, Ikan bakar, Telur Dadar, Budu & Ulam-ulaman...
Inilah makanan kegemaran saya dihujung minggu... masakan air tangan diri-sendiri. Tak susah pun senang dan simple jer masakannya...orang kata...main campak-campak jer terus jadi. Ya ler kalau pergi makan di luar mau juga peniaga lauk kenakan harga yang tak sepatutnya. Belum tentu gerenti puas hati.. Lebih baik makan masakan diri-sendiri, puas hati, nak letak berbagai-bagai rencah sendiri pun tak pe...dapat duduk kat umah yang lagi selesa, tenang berbanding jika kita berada di kedai makanan. Belum tentu dapat layanan yang istimewa...dengan karenah anak yang tak duduk diam, tumpah sana tumpah sini makanan....orang lain yang ada dalam kedai makan pun hairan melihat gelagat anak-anak kita.
Sebenarnya makan di rumah adalah yang terbaik...dapat mengeratkan siraturahim kita dengan anak-anak..Anak pun suka sebab dapat makan bersama dengan ibu dan abahnya...Lagi satu kita kena tahu makanan yang kita masak lebih selamat serta bersih.
Kalau dah makan terlalu banyak pun tak baik untuk kesihatan juga...sebab itulah kita perlukan supplemen tambahan untuk tubuh badan kita...
Oleh itu cadangan yang terbaik supplemen dari saya, saya amalkan supplemen Shaklee. Antaranya, Alfalfa Complex, Lecithin dan Herba-lax...
Khasiat Alfalfa Complex
Faedah Lecithin
Manfaat Herb-Lax
Ketiga-tiga supplemen inilah yang dapat membantu dalam memproses pencernaan, pemecahan dan pembuangan makanan berlebihan dalam tubuh badan kita seharian. untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di bawah ini.
Watie Pengedar Shaklee Anda 018.3152646 (Whatsapp for fast reply)
Cod Lembah Klang, & Petaling Jaya Penghantaran Seleuruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia
Thursday, 10 September 2015
#RAHSIA
RAHSIA KELUARGA KAMI
Gambar Raya Kami 2015
Saya nak kongsi Rahsia Keluarga Kami. Inilah ahli keluarga saya. Saya berkahwin pada 4 Oktober 2002. Suami saya yang dikasihi bernama Azhar bin Mat Jusoh berasal dari Tanah Merah Kelantan...jauh tuu..dapatlah macam saya dengan orang jauh...Saya nie orang Kuala Lumpur jee...mak dan ayah berasal dari Terengganu tapi memang dah lama berhijrah ke KualaLumpur dah jadi orang KL sepenuhnya dah x der lorat bahasa ganu dah.
Hasil perkahwinan kami dikurniakan anak lelaki sulung pada tanggal 18 Julai 2003, masa tu usia perkahwinan kami baru 10 bulan...drastikkan memiliki anak dengan cepat..Orang lain kahwin, nak enjoy dulu puas-puas lepas tu baru nak fikir ada anak. Kami terima je rezeki anak nie..Allah dh nak bagi awal anak pada kami. Seronok juga ada anak awal-awal nie. Boleh buat teman jika husband ada out-station kat luar. Selang tiga tahun kami dikurniakan lagi anak kedua kami iaitu perempuan, lahir pada 29 Mei 2006. Dapatlah kami sepasang anak...enjoy sekejap masa nie sebab nak membesarkan 2 orang anak kami.
Setelah tiga tahun kemudian membesarkan si abang dan kakak. Kami dikurniakan qnak lagi.. kali nie anak ketiga kami x dijangkakan, kami memiliki anak Kembar Seiras..seronok x terkata bila doktor confirm kami memiliki Anak Kembar. Setahu saya keluarga kami, tiada keturunan KEMBAR.. Anak Kembar kami yg ketiga perempuan nie lahir pada 23 Mei 2009 secara pembedahan...tapi al-hamdullilah mereka selamat dilahirkan.
Ini anak kembar kami berusia 6 tahun
Dalam usia 30 tahun saya sudah memiliki anak seramai 4 orang. Ekspress x...sampai kawan2 kata saya boleh beranak lagi sampai umur 40 tahun. Oh tidak....tulah kata orangkan...akhirnya saya hamil lagi anak yang ke 4, tapi dh lima anak rupanya...yang ke 4 nie pun perempuan juga lahir pada 6 September 2013, kini dah berusia 2 tahun. Dalam usia 36 tahun saya sudah memiliki 5 orang anak...itupun ada kawan2 kata saya lagi, ibu yang MUDA..x nampak pun memiliki anak yang ramai. Apabila keluar berfamily Day baru nampak kami nie punya ramai anak...itulah RAHSIA KELUARGA KAMI..
#MATA YANG CANTIK
MATA ANUGERAH YANG PALING INDAH
Mata merupakan anugerah Allah yang sangat indah dan berharga kerana mata memiliki fungsi yang sangat luar biasa. Dengan mata, kita boleh melihat keagungan Allah yang maha pencipta di atas bumi. Dengan mata, kita boleh melihat orang-orang yang kita cintai dan kita sayangi. Melihat wajah ibu kita, ayah kita, keluarga kita, saudara-saudara kita, sahabat-sahabat kita sehingga dapat mengenal satu sama lain. Dengan mata pula kita dapat melihat segala bentuk keindahan alam yang ada di bumi, dapat melihat indahnya bulan dan bintang yang nampak dimalam hari, melihat indahnya mentari dipagi hari, melihat indahnya pelangi di saat hujan telah berhenti, dan masih banyak lagi keindahan-keindahan di dunia yang boleh kita lihat dengan mata kita. Maka bersyukurlah bagi kita yang memiliki sepasang mata yang CANTIK dapat melihat di dunia ini.
Jika kita mempunyai masalah MATA, apa yang perlu kita buat???
Yang pertama kita perlu jumpa Doktor Pakar Mata, untuk menentukan jenia apa masalah mata kita.
Yang kedua bila sudah mengetahui masalah mata, dapatkan rawatan susulan dari Doktor Pakar Mata.
Yang ketiga jika rawatan susulan telah dilakukan, kita digalakkan pengambilan vitamin tambahan bagi membantu penglihatan yang baik.
Sebenarnya ramai yang tidak tahu tentang vitamin tambahan untuk Mata kita selain memakan makanan harian kita seperti lobak,labu, tomato dan pelbagai jenis sayuran...Kebanyakan di kalangan kita kurang berminat pada pemakanan sayuran. Oleh itu, kita perlu mengambil supplemen tambahan untuk penjagaan MATA yang sihat.
Supplemen yang saya syorkan ini datang dari produk Shaklee..ramai yang telah mencuba dan hasilnya memang menakjubkan. Supplemen itu ialah CAROTOMAX.
Apa itu CARATOMAX???
Perlindungan Antioksida daripada Sumber Semula Jadi
Melindungi Tubuh Dengan Mengukuhkan Integriti Sel
Nikmati tahap perlindungan antioksida yang tinggi dengan Shaklee Carotomax®. Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksida daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan dengan mengekstrak karotenoid semula jadi dan menawarkannya dalam pelbagai bentuk yang mudah diambil.
Lima Karotenoid Bermanfaat
Purata pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena ialah 8mg sahaja - Carotomax®membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semula jadi
- Mengandungi pati ekstrak daripada tomato, mikroalga, minyak sawit, marigold dan lain-lain.
- Menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.
* Kandungan nutrien dalam satu sajian harian Carotomax tidak menyamai nutrien yang terkandung di dalam makanan yang ditunjukkan. Maklumat fakta nutrisi yang lebih terperinci dipaparkan pada label kotak Carotomax. Setiap makanan membekalkan lebih banyak nutrien berbanding apa yang disenaraikan dalam carta ini.
Harga Pasaran : RM78.44 (30Biji)
Lihat testimoni dari kami :
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Watie Pengedar Shaklee Anda
018.3152646 (Whatsapp for fast reply)
Cod Lembah Klang, & Petaling Jaya.
Penghantaran Seleuruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia
Tuesday, 8 September 2015
Tutorial Letak kalimah Allah dan Muhammad Atas Blog
Jika berminat hendak meletakkan kalimah Allah dan Muhammad di bahagian atas penjuru kanan (Allah) dan kiri (Muhammad),boleh COPY KOD-KOD DI SINI
Selepas itu anda pergi ke Blog peribadi anda tekan Reka Letak (Layout) dan terus tekan di bahagian pada mana-mana bahagian Add a Gadget -->>> HTML/JavaScript.
Selamat mencuba....in shaa allah pasti anda suka.
InsyaAllah mudah-mudahan blog kita diberkati lagi dirahmati :)
Ikhlas :
Watie Mohamad
CantikManis.Blogspot.com
Give Away Hari Malaysia 2015
Sempena menyambut Hari Malaysia nie.. saya nak bagi free GiveAway kepada anda...
FREE TOPUP
Hadiah topup bernilai RM10.00 untuk setiap satu (Celcom, Maxis, Digi & UMobile).
Giveaway ini terbuka untuk semua Blogger.
Syaratnya MUDAH sahaja :
1) Follow Blog zaraaishah.blogspot.com
3) Follow Blog Shaklee : WatieMohamad.blogspot.com
4) Klik picture di atas dan SHARE
5) Tulis Cogankata mengenai MALAYSIA. Cogankata terbaik akan dipilih secara.Random.org
5) Tulis Cogankata mengenai MALAYSIA. Cogankata terbaik akan dipilih secara.Random.org
6) Bila dah selesai semua di atas, sila tinggal URL anda kat kotak entry ini.
Tarikh tutup : 15/9/2015
Thursday, 3 September 2015
Kulit Cantik Semulajadi
Kulit Cantik Semulajadi

Syukur Al-hamdullilah, saya bersyukur memiliki kulit yang sihat. Di sini saya nak kongsi untuk dapatkan Kulit Cantik Semulajadi dengan supplemen. Sila tonton (disini)
5 Tips untuk Dapatkan Kulit Cantik Semulajadi
1. Pemakanan Yang sihat
2. Pengambilan Supplemen tambahan.
3. Minum Air Suam Dengan Secukupnya
4. Menggunakan produk kecantikan berasaskan mesra alam.
5. Cukup Tidur
In shaa Allah dengan 5 tips di atas ini dapat membantu anda menjaga Kulit wajah yang sihat dan cantik berseri-seri.
Nantikan entry seterusnya, bagaimana pemakanan seimbang dapat membantu kulit yang sihat.
Watie Mohamad
Cantik Manis
Wednesday, 2 September 2015
Belajar Buat Blogger
First Time join kelas Blogger di Faiz World Tranning Centre di Bangi.
Saya belajar Blogger nie untuk buka kedai baru online. Ramai juga yg join kelas nie. Ada pelbagai jawatan. Ada yang bekerja, suri rumah, pelajar dan peniaga online.
Banyak benda nak kena belajar....so far semuanya info tentang Blogger saya fahami. Kalau ada sesiapa yg nak belajar Blogger boleh datang ke sini. Tempat yg menarik, selesa dan ada menyediakan makanan. Bayaran bergantung pada pihak penganjur.
Saya belajar Blogger nie untuk buka kedai baru online. Ramai juga yg join kelas nie. Ada pelbagai jawatan. Ada yang bekerja, suri rumah, pelajar dan peniaga online.
Banyak benda nak kena belajar....so far semuanya info tentang Blogger saya fahami. Kalau ada sesiapa yg nak belajar Blogger boleh datang ke sini. Tempat yg menarik, selesa dan ada menyediakan makanan. Bayaran bergantung pada pihak penganjur.
Kelas Blogger Asas 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)











