Thursday, 10 September 2015

#RAHSIA

RAHSIA KELUARGA KAMI


Gambar Raya Kami 2015

Saya nak kongsi Rahsia Keluarga Kami. Inilah ahli keluarga saya. Saya berkahwin pada 4 Oktober 2002. Suami saya yang dikasihi bernama Azhar bin Mat Jusoh berasal dari Tanah Merah Kelantan...jauh tuu..dapatlah macam saya dengan orang jauh...Saya nie orang Kuala Lumpur jee...mak dan ayah berasal dari Terengganu tapi memang dah lama berhijrah ke  KualaLumpur dah jadi orang KL sepenuhnya dah x der lorat bahasa ganu dah.

Hasil perkahwinan kami dikurniakan anak lelaki sulung pada tanggal 18 Julai 2003, masa tu usia perkahwinan kami baru 10 bulan...drastikkan memiliki anak dengan cepat..Orang lain kahwin, nak enjoy dulu puas-puas lepas tu baru nak fikir ada anak. Kami terima je rezeki anak nie..Allah dh nak bagi awal anak pada kami.  Seronok juga ada anak awal-awal nie. Boleh buat teman jika husband ada out-station kat luar. Selang tiga tahun kami dikurniakan lagi anak kedua kami iaitu perempuan, lahir  pada 29 Mei 2006. Dapatlah kami sepasang anak...enjoy sekejap masa nie sebab nak membesarkan 2 orang anak kami. 

Setelah tiga tahun kemudian membesarkan si abang dan kakak. Kami dikurniakan qnak lagi.. kali nie anak ketiga kami x dijangkakan, kami memiliki anak Kembar Seiras..seronok x terkata bila doktor confirm kami memiliki Anak Kembar. Setahu saya keluarga kami, tiada keturunan KEMBAR.. Anak Kembar kami yg ketiga perempuan nie lahir pada 23 Mei 2009 secara pembedahan...tapi al-hamdullilah mereka selamat dilahirkan. 

Ini anak kembar kami berusia 6 tahun

Dalam usia 30 tahun saya sudah memiliki anak seramai 4 orang. Ekspress x...sampai kawan2 kata saya boleh beranak lagi sampai umur 40 tahun. Oh tidak....tulah kata orangkan...akhirnya saya hamil lagi anak yang ke 4, tapi dh lima anak rupanya...yang ke 4 nie pun perempuan juga lahir pada 6 September 2013, kini dah berusia 2 tahun. Dalam usia 36 tahun saya sudah memiliki 5 orang anak...itupun ada  kawan2 kata saya lagi, ibu yang MUDA..x nampak pun memiliki anak yang ramai. Apabila keluar berfamily Day baru nampak kami nie punya ramai anak...itulah RAHSIA KELUARGA KAMI..



No comments:

Post a Comment